Wednesday, September 22, 2010

peringatan untuk diri sendiri..

Manusia bukan malaikat

Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah.Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, mesti ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, mesti ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak.

Manusia bukan robot

Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.
Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain.
Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan.

"Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka"
Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada.Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.


p/s:thanx to someone yg sgt2 membuka minda aku seluas2nya tentang hidup...hidup manusia tak semuanya sama..ada yang bernasib baik dalam kehidupannya n ada yang kurang bernasib baik..tapi perlu diingatkan tak semua manusia sempurna..dimata kita mungkin ia nampak sempurna tapi hakikatnya tidak..tiada manusia yang sempurna seperti Rasulullah S.A.W...kita berurusan dgn manusia di dunia ni...tak perlu nak terus menghukum @ menyisihkan seseorang yang buat kesilapan.terima seadanya.beri peluang dan teguran.Mungkin hari ni kita memahaminya mana tahu esok lusa giliran dia untuk memahami kita...Insyaallah..peringatan utk diri sendiri n kwn2 yaw..:)*yaw mesti ader...wajib diletakkan..haha*

0 comments: