Thursday, January 27, 2011

saya malu!

apa yang korang rasa
bila seseorang tinggikan suara dekat korang
di depan khalayak ramai??
malu kan...
this is what i feel now
bila someone meninggikan suara
even dalam telephone
(dah la speaker hp aku rosak so kena loudspeaker)
orang keliling dengar
serius aku malu!


nota kaki kiri:ada ubi ada batas..lain kali boleh balas :)
nota kaki kanan:today is Friday..yihhaaa :)))))))

penyepak itu indah~

seperti mahu bagi penyepak
terajang
sampai kau tergolek-golek
kau makhluk yg selalu menyusahkan hidup aku
bukan aku tak mahu tolong
tapi agak2 la
kerja senang dan seremeh itu pun
kau malas nak buat???
apa kau ingat aku kuli kau ke
apa kau ingat aku berlembut dgn kau
senang hati mak bapak kau nak suruh aku itu ini~
wtf man !!

Tuesday, January 25, 2011

alangkah bagus jika....

Alangkah bagus jika manusia atas muka bumi ni
tak ada hati dan perasaan
bila tader hati
apa ayat yg keluar dari mulut korang
tak akan bikin org lain tacing
tak akan bikin hubungan sesama korang renggang
kau kutuk la se-extreme yg mungkin
tader sape yg akan terasa hati
kau bagitahu la apa pun
tader sape ambil peduli
Alangkah bagusnya jika atas muka bumi ni
semua makhluk berhati baik
tader yang kurang aja
tader yang kutuk mengutuk
tader yang sombong
tader yang JAHAT
aman kan dunia!!
Alangkah bagus jika atas muka bumi ni
ada roket yang boleh bawak manusia pergi planet Pluto
ala ala mcm bas ekspress
setiap sejam ader je trip pegi Pluto
DAN
aku la antara penumpang yang selalu ulang alik pegi Pluto
SEBAB
aku dah fobia
dengan manusia keliling aku
yang suka bikin ati gua panas membara,berapi lalu explode!!!
sekian:)
[gambar:jadi seekor kucing lagi best..xmenyusahkan hidup manusia ]

nota kaki kiri: hati gua tgh mengeluarkan lahar yg amat panas...beware!
nota kaki kanan:nobody's perfect...TAPI what ever u do please consider perasaan org lain k..


Monday, January 24, 2011

u're such a CHEATER!!

kenapa mesti nak menipu??
apa yang kau dapat kalau kau menipu
money???pahala??
sejak aku kenal kau
memang aku dah rasa somethin'wrong somewhere lah
dari cara kau bercakap
cara kau bawak diri
segala2 cara lah
memang kau sedang menipu aku
dulu kau cakap A
sekarang kau cakap B
dan aku just layan apa yang kau cakap
masuk telinga kanan keluar telinga kiri

hey U
U're such a CHEATER!
U're BIG LIAR!

aku nak tengok sampai bila kau nak selamat atas dunia ni
teruskan usaha penipuan kau
tunggu masa je aku nak kantOi kan aktiviti harayyymmmm kau...


nota kaki kanan:kau muka baek...tapi perangai mcm taik
nota kaki kiri:kaki aku rasa gatal2 nak penyepak kau!!

Saturday, January 22, 2011

ikhlas

Happy Sunday
dull morning..lapar..
okayh...pepagi ni aku nak cakap pasal ikhlas
hoyeahhhh
sebab tiba-tiba aku nak jadi seorang yang ikhlas
ikhlas dalam membuat kerja aku
(memang aku suka merungut itu,.,.merungut ini pasal kerja..insap!)
ikhlas dalam persahabatan...perhubungan *blushing*
ikhlas menolong
ikhlas segala2 nya ikhlas la
sebab kalau kita ikhlas kita akan enjoy n happy dengan apa yg kita lakukan...
senyum :)
[gambar:saya guru yg ikhlas.Ketawa ]



nota kaki kiri: walau stress tahap mana pun just senyum n ikhlas face stress itu

nota kaki kanan:bersimpati dgn nasib kwn.aku doakan dia tabah...kalau cinta itu ikhlas insyaallah akan kekal...let tyme judge u guyssssssss :)

Friday, January 21, 2011

aku mula stress
tolong!
superman..batman..ultraman
aku perlu siapkan courseware
sumpah aku dah lupa nak guna flash bagai
apa la Jabatan neh
bikin susah cikgu je
nak mengajar satu hal..
nak rangka pengajaran lagi..
nak mengadap courseware semua tu
nak mengadap anak murid yang ala Ali Setan
nak menagdap masalah peribadi...negara...dunia
dah la gaji ciput!
apa kau ingat kami robot
apa kau ingat kami cerdik
apa kau ingat kami hebat
apa kau ingat kami tak ada perasaan
apa kau ingat kami ada 1000 kaki dan 1000 tangan
boleh siapkan kerja dalam masa 1 saat
gila kau!!!
Aku rela jadi surirumah tangga (janji aku kawen dgn jutawan)
HAHAHAha


nota kaki kanan:sedang siapkan courseware matematik..gila...aku lupa nak guna macromedia flash tu...buat movie bagai~~~tension!!naseb si kuli~~~~~

nota kaki kiri:aku suka merungut.dengan merungut kau akan rasa gila lega~

Thursday, January 20, 2011

bulan 2 penuh keCUAKan..bagusss!!

happy malam
tiba-tiba aku teringat
Bulan 2 akan menyusul tak lama lagi
dan
ada tarikh keramat pada bulan Februari
start dengan 14 Februari 2011-Pembentangan Courseware Matematik Form 4
yucksss....aku tadi pergi bengkel Powerpoint dalam Matematik
DAN
Sekolah teknik kena buat Courseware Math Form 4 (ya...aku la yg kena buat semua tu.Ketawa)
then 15 Februari-Birthday Lady Y merangkap teman seperjuangan Matematik di UPM..happy birthday in advanced sayang~~
22 Februari-aku ada pencerapan mengajar dengan ketua bidang Matematik...GOsh!pengsan jap...
DAN
25 FEBRUARI-birthday adelia...ala budak comel tu (aku suka ini.ketawa!)

P.s:perlu ke korang selebret Valentine day 14 neh??tak perlu.."kami Islam kami ok!"