Tuesday, May 17, 2011

ahhh bodoh!!

perasaan 'itu' datang lagi...Ya Allah apa aku nak buat neh...tak sanggup aku nak hadapi...
aku blur...masalah itu sebenarnya masih belum selesai...kenapa lah Engkau duga aku mcm ni sekali???
positif : adyyyy...ini semua takdir...thats ur life..ini lah journey idop kau....kau kena sabar...
negative:kau cari org tu je....
positif:buat apa???kau dah kena sumpah seranah kau masih nak explain benda yang sebenar..kau bodoh la!!sudah la tu...tak ada guna...kau mcm buat benda yg menampakkan kau tu bodoh...
negative:daripada kau idop dgn beban mcm tu baik ko g explain...

mana satu neh??jujur aku cakap otak aku sgt serabut!!!serabut memikirkan org da kata aku menghina dia...erghhh...semacam bagi aku bad perception-adelia budak jahat!!!harap je mcm baik tapi perangai mcm setan!!baik di depan tapi dibelakang suka menghina org!!
dan yang paling aku sgt2 terasa-"harap semayang 5 waktu tapi perangai mcm SETAN!!"
Ya Allah...aku tak mau org anggap aku mcm tu...aku nak hidop tenang ya Allah....:(


p/s:kate kaunselor aku "ko lepaskan die dgn ape yg die rase...itu hak dia...hak ko..doakan Allah bagi hidayah kat die..tunjuk sape benar sape salah n bukan semua pandang ko jahat"..yeah...thats right

Monday, May 16, 2011

aku puas!!!

Aku puas luahkan ape yg terbuku dalam hati aku...walaupun sumpah seranah yang aku dapat tapi syukur Allah kuatkan n tabahkan hati aku..jujur aku cakap ape yg berlaku mmg paling mencabar dan menggugat kesabaran ku..aku nyaris jatuh!!!tapi mujur aku diberikan kekuatan untuk hadapi semua ni..aku puas menangis..biarlah apa 'mahkluk ' tu nak cakap bila aku menangis teresak2 depan dia...janji aku puas...puas dan puas...
Aku harap lepas ni aku dapat mulakan hidup yang baru...dengan lebih tenang..dan lebih mendekatkan diri pada-Nya..ya..memang betul la orang cakap kalau kita ditimpa dugaan kita akan lebih dekat diri pada Allah..mungkin ini hikmah yang aku dapat daripada dugaan itu...aku lebih dekatkan diri dgn tuhan...aku nak mengadu dgn Tuhan...dan aku percaya setiap masalah yang kita hadapi pertama sekali yang perlu kita buat is mengadu dgn Allah, bukan maksud aku bila ada dugaan baru cari Tuhan.NOUP!!!Bila kita ditimpa masalah baru datang keinsafan.Apa yang berlaku itu adalah ketentuan Allah...kita akan belajar untuk menerima qada' dan qadar-Nya...and love diri sendiri before love others..aku akui sebelum ni ak lebih pentingkan perasaan org lain...tapi dgn apa yang berlaku aku sedar utamakan perasaan diri sendiri dulu...persetankan perasaan org lain!!bukan la 100% persetankan...tapi its better utamakan kepentingan diri dulu..jangan nanti akan menyesal dan menyakitkan hati sendiri...urghh..aku tak nak pisang berbuah dua kali!!aku tak nak!!!sakit....hati mcm dihiris...ngilu...semoga esok lebih baik daripada hari ini...aminnnn:)

p/s:apa yang korang akan buat bila nak lupekan sesuatu yang sgt2 susah utk dilupakan??hrmmmm....

Saturday, May 14, 2011

aku tak salah!!

tak pernah aku face dgn dugaan yang Maha hebat mcm ni...aku tak pernah nak kan hal ni jadi...Demi Allah aku tak kuat nak harungi semua ni sorang..tapi aku percaya ada hikmah disebalik kejadian n Allah takkan bagi dugaan kat seseorang yang tak mampu untuk hadapinya..dalam kes aku ni mungkin aku mampu tanganinya...aminnn...moga-moga aku mampu harunginya..thanx to Sally Zai..because kau seorang je yang tahu...Family aku pun tak tahu...aku tahu ape yg berlaku mungkin kesilapan bodoh aku jugak...dari awal sampai akhir mungkin ak tak terfikir baik buruk sesuatu kejadian...pemikiran tak matang n terlalu mengikut perasaan..Nahhhhh.....menyesal??yeahh...a little bit menyesal tapi hal nak jadi...life must go on...cuma hati bagai terhiris..Allah saja yang tahu...
"semoga hari ini lebih baik daripada semalam"

cuma sekarang aku perlu bersihkan nama aku...sebelah pihak kata aku telah menghina dia..Ya Allah..tak pernah aku nak menghina orang...sebelah pihak aku tak tahu apa salah aku sampai block aku dekat fb...aku tak kenal ko...nape ko nak block aku...nahhh..sakit ati merana kot...bad perception org dah bg kat aku..mungkin bagi sesetengah org akan anggap biarkan laaa..dah diorang nak bg bad perception...tapi bagi aku bukan senang nak lupekan ape yg berlaku...dari kecik sampai besar aku tak pernah nak bermasam muka dgn org...aku tak pernah nak meleret2 bergado...pernah aku bergado dgn seorang kwn...tp aku tak boley duduk senang...aku mintak maap dgn dia...n berbaik n act like nothing happen...sebab aku rasa tak perlulah nak bermusuh-musuh mcm tu...idop tak senang..n NOW nahhh hal ni jadi balik kat aku..disebabkan si A nak menjatuhkan air muka si B nama aku pulak yang dijualnya...aku dah menghina seseorang tak berduet!!daymnnn...Aku tak pernah nak kata org mcm tu...what for??kaya sgtkah aku ni???WTF..seriuos aku cakap..nak aje aku face to face 2 mahkluk ni...apakan daya aku..Labuan sgt jaoh...bukannya boleh start enjin kereta then pegi mana2 settle kan hal ni...
Aku mampu doa kat Allah agar semua ni balik pada sedia kala....aku tak boleh duduk senang...aku tak kuat...aku perlukan sokongan org sekeliling tapi.....
Allah Maha Berkuasa...tader saper yang mampu selesaikan hal ni..Allah sahaja...n biar masa meredakan semua ni..aku dah tak mampu nak settle kan sebab lagi aku cuba untuk terus terang lagi aku kena!!kena maki hamun..kena sumpah seranah...

"jgn sesekali bermain dgn api lagi kita letak minyak ke api lagi membaralah api tu"

aku akan pegang kata2 ni...biar masa yang mematikan bara api tu...aku hanya berserah:(


Saturday, April 23, 2011

nur hidayah~

Aku ada terbaca kat 1 blog...sangat2 menyedarkan aku sebenarnya...

"NUR dan HIDAYAH perlu dicari bukan untuk ditunggu-tunggu.."

ibarat diri kita dalam satu bilik yg gelap dimana diluarnya ada cahaya matahari..untuk terangkan bilik tu dah tentu kita akan bukak langsir bagi cahaya masuk kan???
sama jugak dgn hidayah...bukan duduk menunggu dan merungut bila la Allah nak bagi hidayah..
Kadang2 tak faham kenapa ada sesetengah manusia yang keluarkan statement
"aku nak insaf bila Allah bagi aku hidayah"
tak ke terfikir yang kita hidup atas dunia ni pun sebab Allah...tak kan semuanya nak suruh Allah buat...bagi rezeki..bagi hidayah...bagi kejayaan..TAPI kita tak pulak mendekatkan diri padaNYA??tak kan nak suruh Allah dekat kan diri dekat kita???...

p/s:selamat beramal~~~:)

Thursday, April 21, 2011

~my life just begUn~

feel so relief...lega...aman...damai
its better to stOp daripada teruskan somEthing yg tak tahu ending nya...
n now i realize that...
tak perlu membenci...or memusuhi sesama manusia..
because dgn perasaan itu akan buat kan hati makin sakit,sakit dan terussss sakit!
adalah lebih indah kalau kita saling memaafkan sesama manusia..
walau sejahat mana manusia itu atau seburuk mana manusia itu pada diri kita
memberi kemaafan itu lebih menenangkan jiwa...
memusuhi atau membenci bukanlah jln penyelesaian utk melupakan!!!!!
bagi aku...
memaafkan is the best way untuk melupakan terus apa yang telah berlaku~~
tidak perlu memusuhi sebaliknya teruskan hubungan sesama manusia..
hidOp atas dunia yg sementara ni perlukan kekuatan jiwa
mcm2 perkara yang tak dijangka akan kita hadapi...
dan yang paling aku sedar sekarang..
tidak perlu terlampau mengikut trend kehidupan zaman sekarang
HANYA HIDUP DENGAN CARA AKU SENDIRI...
asalkan tak melakukan perkara yang tidak sepatutnya...

p/s: kini mampu terima hakikat!!langit tak semestinya cerah...hidup ibarat roda..kadangkala diatas kadangkala dibwh...

Tuesday, April 19, 2011

"emotional disorder"


sedang mengalami penyakit emotional disorder
sobssssssssssss :(.
sila bertahan wahai hati..






nota kaki kanan: masih diperingkat mahu memulihkan hati yg retak seribu.kehilangan sesuatu yg sgt comel dlm hidup...hilang dibawa arus laut...siannnnnn...sobss:(

mari berfikir sejenak...

aku pernah dgr la jejiran aku kat Labuan ni sembang

" Jiran 1:lelaki baik untuk perempuan baik...lelaki jahat untuk perempuan jahat...

Jiran 2: aishhhh...tak jugak..ader jugak lelaki jahat dapat perempuan baik..itu semua dugaaannn Allah nak kasi..."


bile aku fikir balik...betul jugak kate jiran 1 tuh....TAPI betul jugak kate jiran 2 tu...so????any opinion???...tq~~~